Al-Quds, menurut keyakinan umat islam , dia itu mempunyai kedudukan mulia di dalam agama. Umat islam dengan berbagai kelompok, mazhab dan sudut pandang mereka, sepakat atas hal itu. Sebab itu adalah jimak seluruh umat islam , sejak dari dulu hingga sekarang jadi tidak menghairankan jika seluruh kaum muslimin mensti berkomitmen dengan kewajipanya untuk membela al-Quds, tidak rela jika diserang , senang menjaganya memelihara kehormatanya dan kesucianya, mengerahkan jiwa dan harta demi mempertahankanya, serta melawan mereka yang menodainya.
Memang benar , bahawa umat islam , sama ada arab dan warga palestin berselisih pendapat dalam masalah pendamaian dengan Israel. Apakah ia boleh atau tidak boleh ? tetapi mereka semua – baik umat islam , bangsa arab mahupun warga palestin tidak berselisih pendapat mengenai masalah keakraban al-Quds dengan keislamanya, serta pentingya untuk bernuansa Arab yang islami. Mereka juga seia sekata akan mewajibkan melawan usaha Israel yang keras kepala untuk tetep meyahudikan al-Quds, merubah simbolnya, menhapuskan keperibadian sejarahnya , menghilangkan fenomena keakraban, keislaman dan kemasehian dari al-Quds. Kerana al-Quds memiliki kesucian islami yang berharga. Yang tercermin di dalam perasaan kaum muslimin yang sedar akan keislamanya ; dia adalah kiblat pertama , tempat israk dan mikraj, kota ketiga yang diagungkan, bumi para nabi yang penuh barakah, serta bumi tempat berjuang dan berjihad, sebagaimana yang akan kami jelaskan hak itu nanti.
AL-QUDS : KIBLAT PERTAMA
Yang pertama kami terdetik dalam hati umat islam , berdasarkan kesedaran dan pemikiran ahli agama tentang al-Quds ialah :
Bahawasanya dia itu kiblat pertama yang rasullullah SAW dan para sahabatnya menghadap kearahnya dalam solat mereka sejak di wajibkan solat pada malam israk dan mikraj pada tahun ke sepuluh setelah diutusnya Nabi Muhammad SAW yakni , tiga tahun sebelum hijrah. Selama itu al-Quds (KETIKA BERADA DI MEKAH) mereka selalu soalt menghadap kea rah al-Quds. Lalu ditambah lagi dengan enam belas bulan yang memerintahkan mereka agar menhadap kea rah kaabah, atau Masjidil Haran. Sebagaimana firman Allah SWT :
“Dan dari mana saja kamu keluar, maka palingkan wajahmu kearah –sebahagian-Masjidil Haram saja kamu berada, maka palingkan wajah kamu ke arahnya”
Al-Baqarah : 150
Dan di madinah al-Munawwarah, terdapat tempat bersejarah yang menjadikan suatu peninggalan yang menegaskan permasalahan ini, iaitu masjid Qiblatai, di mana kaum muslimin solat di situ dengan satu solat , yang bahagian menghadap ke al-Quds dan sebahagian lagi menhadap ke mekah. Dan masjid itu masih tetap ada sehingga sekarang. Dia telah diperbaiki dan diperbaharui, dan masih selalu dikunjungi dan diguna pakai untuk solat sampai sekarang
Permasalahan ini sempat membuat orang yahudi di madinah tersinggung dan kecoh. Namun al-Quran membantah mereka bahawasanya kearah manapun orang menhadap, arah itu adalah milik Allah. Dan dialah yang menentukan arah kiblah bagi orang yang solat. Sepertimana firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 142-143 yang bermaksud: “orang-orang yang bodoh di antara manusia itu mengatakan, ‘Apakah yang membuat mereka berpaling dari kiblat dulu mereka yakini ? katakanlah ‘timur dan Barat itu milik Allah . dia memberi petunjuk kepada siapa saja yang dia kehendaki menuju jalan yang lurus ‘dan demikian pula Kami menjadikan kamu umat (pilihan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan manusia), dan adalah Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas kamu, dan Kami tidak menjadikan kiblat yang kamu yakini (sekarang ini)melainkan hanya untuk agar kami mengetahui siapakah yang mengikiti Rasal dan siapa yang berpaling. Sebetulnya pemindahan kiblat itu sangatlah berat kecuali bagi mereka yang telah mendapatkan petunjuk dari Allah . dan Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu”
Sebenarnya mereka telah berkata; sesungguhnya solat kaummuslimin telah luput dan sia-sia, kerana solat mereka tidak di arahkan di kiblat yang benar. Maka Allah berfirman “dan Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu,” yakni solat kamu kerana dia itu adalah solat kea rah kiblat yang benar dan diredai di sisi-Nya ‘Azza Wa Jalla’
AL-QUDS BUMI ISRAK DAN MIKRAJ
Hal kedua yang terdetik tentang al-Quds ialah bahawanya Allah SWT telah menjadikan sebagai tempat berhentinya rehlah (perjalanan) israk di bumi , dan tempat bertolaknya mikraj ke langit. Sesungguhnya iradah (keinginan)Allah telah berkehendak agar perjalanan Nabi Muhammad SWT pada malan yang penuh barakah di bumi ini, dimulai di mekah dan masjidil Haram, dimana Rasulullah SAW tinggal dan berakhir di masjidil Aqsa. Dan ini adalah suatu rancangan ilahi dan hikmah rabbanuyyah. Hikmah itu ialah : agar baginda SAWbertemu dengan para nabi dan Rasul yang mulia di sana , dan kemudian baginda sebagai imam solat bersama mereka. Dalam hal ini semacam berita tentang perpindahan kepimpinan agama di dunia, dari bani Israel kepada umat yang baru, rasal yang baru iaitu: umat , Rasulyang baru iaitu: umat Rsaul dan kitab yang bersifat universal dan internasional. Sebagaimana firman Allah
“dan kami tidak mengutuskan kamu, melainkan sebagai rahmat bagi semesta alam”
Al-Anbiya’ : 107
“maha suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al-Quran) kepada hamba-Nya untuk menjadi pemberi peringatan bagi alam semesta.”
Al-Furqan : 1
Sungguh al-Quran telah mengatakan dengan jelas mengenai permulaan dan akhir rehlah ini pada awal ayat dalam surah yang mengunakan nama rehlah ini :
“maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari masjidil Haram ke Masjidl Aqsa yang telah kami berkata sekelilingnyam, agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami.”
Al-Isra’ : 1
Ayat ini tidak memberikan ketrangan sifat pada masjidil Haram dengan sifat apapun, sekalipun masjidil haram juga banyak memiliki keberkartan dan kemuliaan. Namun ayat ini memberikan sifat pada masjidil Aqsa dengan sifat ini, “yang kami berkati sekelilingnya.” Sekiranya sekelilingnya saja di berkati, apalagi masjidnya itu sendiri, tentu lebih banyak untuk di berkati.
Dan kisah israk dan mikraj ini banyak dipenuhi dengan symbol dan petunjuk yang mengisyaratkan akan pentingnya tempat yang diberkati ini. Dimana Malaikat jibril mengikut buraq (kenderaan israk dan mikraj) di situ. Dia adalah binatang ajaib yang menjadi perantara perpindahan dari mekah ke al-Quds. Dan memang benar, bahawa jibrul mengikatnya di sakhrah (sebongkah batu besar), sehingga mereka kembali lagi untuk memulakan perjalanan yang lain, yang di mulai dari al-Quds atau masjidil Aqsa. Dan ikatan ini mempunyai kesan dan pengaruh yang medalam bagi umat islam di dalam hati dan perasaan mereka. Di mana susah untuk di pisahkan antasa kesucian satu daripada dua masjid ini dengan yang lain. Dan barang siapa memperlekehkan salah satunya, dikhuatirkan akan memperlekehkan yang lain pula! subahanallah
1. Ada istilah yang orang sering keliru dalam memahaminya. Iaitu al-Quds, masjidil Aqsa dan sakhrah. Al-Quds adalah nama kotanya sedangkan masjidil Aqsa islah nama masjid yang nabi Muhammad SAW pernah singgah di situ dalam israknya. Adapun sakhrah ialah tempat Malaikat Jibril AS menyandarkan kenderaanya (Buraq), dan si situ dibangunkan suatu bangunan megah yang diberi nama sakhrah (yang terkadang orang sering menyangkanya sebagai masjidil Aqsa). Masjidil Aqsa dan sakhrah ini terdapat di kota al-Quds. (BL)
2. Madinah mempunyai banyak nama iaitu Yatsrib, al-Miskinah , al-Dar , jabiroh , Majburah , Muniroh , al-Muthoibah , al-Muhabbabah , al-Mahbubah , alQashimah , dan Ath-Thaibah. Mengenai nama Taibah yang disebutkan oleh Dr.Yusuf Qardhawi , Nabi SAW bersabda sebagaimana yang di riwayatkan oleh zaid bin Tsabit :
“ sesungguhnya MADINAH ITU ADALAH Taibah. Dan barang siapa yang mengatakan Yatsrib, maka hendaklah ia beristigfar tiga kali. Dia adalah Taibah,dia adalah Taibah
AL-QUDS: KOTA KETIGA YANG DIMULIAKAN
Dan al-Quds adalah kota ketiga yang dimuliakan di dalam islam . sebab kota pertama di dalam islam adalah mekah al_mukarramah, yang telah di muliakan Allah dengan masjidil Haram. Sedangkan kota keduanya di dalam islam ialah Taibah2 (yang baik) , atau Madinah Al-Munawwarah, yang dimuliakan oleh Allah dengan Masjidil Nabawi, termasuk di situ wujud makam Rasulullah SAW adapun kota ketiga di dalam Islam iaitu al-Quds atau yang di sekeliling di berkati Allah. Dalam hai ini, benarlah hadis yang disepakati kesahihanya oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri dari Nabi SAW bahawasanya beliau berkata:
“berpergian itu tidak ditekankan melainkan (hanya) ketiga Masjid iaitu : Masjidil Haram , Masjidil Aqsa dan Masjidku ini”
Pada dasarnya semua masjid itu sama saja dalam hala pahala bagi orang yang solat di dalamnya. Itulah sebabnya tidak diperkenenkan bagi muslim untuk mengkhususkan bepergiannya, dalam erti ; dia bertekad kuat untuk pergi ke suatu masjid manapun untuk solat di dalamnya. Hal seperti ini tidak boleh, kecuali jika masjid itu adalah tiga masjid yang diistemewakan oleh Rasul tadi.
Dan sesungguhnya al_quran telah memberitahu tentang keberkatan dan pentingya Masjidil Aqsa sebelum dibangunkan Masjid Nabawi, dan tida tahun sebelum hijrah. Dan hadis Nabi banyak menegaskan apa yang telah dikatakn oleh al-Quran Di antaranya adalah hadis yang tersebut di atas, dan hadis lain:
“solat di masjidil Aqsa itu sama dengan lima ratus kali solat di masjid selainya, kecuali Masjidil Haran dan Masjid Nabawi”
Diantaranya juga ialah yang diriwayatkan olwh abu Dzar bahawasanya Rasulullah SAW ditanya “masjid manakah yang pertama kali dibangunkan di muka bumi ini ? beliau menjawab “Masjidil Haram.” Lalu Rasulullah di Tanya lagi , “kemudian mana lagi ? “ Rasulullah menjawab “Masjidil Aqsa.” (Muttafaq ‘Alaih). Ketika islam menjadikan masjidil Aqsa sebagai Masjid ketiga yang terbesar di dalam islam, ditambah dengan al-Quds sebagai ibu kota islam yang terbesar setelah mekah dan madinah: ia hanya memantapkan sesuatu asas penting dari sekian asas-asasnya. Dia itu ialah ;bahawasanya islam datang untuk membangun bukan untuk merosak, dan untuk menyempurnakan, tidak untuk merobohkan sebab al-Quds dulu adalah bimi para Nabi. Sedangkan umat islam adalah yang paling berhak untuk menghormati para nabi dan Rasul Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang di tujukan kepada kaum Yahudi di madinah:
“kami ini lebih berhak untuk menghormati Nabi Musa daripada kamu”
AL –QUDS : BUMI PARA NABI YANG PENUH BERKAH
Al-Quds adalah bahagian daripada bimi palestin, bahkan ia adalah tempat yang pertama kali ada di situ, dan ia adalah inti dari bumi palestin itu sendiri. Sesungguhnya Allah SWT telah mengambarkan bumi ini dengan keberkatan pada lima tempat di dalam kitab-Nya:
Yang pertama: didalam ayat isra’, ketika Dia mengatakan bahawa Masjidil Aqsa adalah
“yang kami berkati sekelilingnya”.
Al-Isra’: 1
Yang kedua : manakala DIa bercerita tentang kekasih-Nya (Ibrahim AS). Dia berfirman :
“Dan dia (Nabi Ibrahim) berserta Luth telah kami selamatkan ke bumi yang di dalamnya Kami Berkati untuk seluruh penghini alam.”
Al-Anbiya’: 71
Yang ketiga : Dalam kisah Nabi Musa, di mana dia berkata tentang Bani Israel setelah tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya:
“Dan kami pusakakan kepada kaum yang lemah (ditindas) itu sebahagian timur di bumi dan sebahagian baratnya yang telah Kami berkati di dalamnya. Dan telah sempurnalah perkataan Rabbmu yang tebaik untuk Bani Israel disebabkan kesabaran mereka.”
Al-A’raf: 137
yang keempat : di dalam kisah Nabi Sulaiman, berikut semua kelebihan yang diberikan Allah kepadanya, seperti kerajaan yang tidak selayaknya dimiliki oleh seorangpun sesudahnya dan jinaknya angin kepadanya. Hal ini terdapat dalam firman-Nya:
“Dan bagi Sulaiman angin yang bertiup kencangyang berhembus dibawahnya menuju bumi yang kami berkati di dalamnya.”
Al-Anbiya’: 18
Yang kelima : Dalam kisah negeri saba’. Bagaimana Allah menunaikan rasa aman dan tenteram kepada mereka. Firman Allah SWT
“Dan kami jadikan di antara mereka dan negeri-negeri yang kami berkati di dalamnya, beberapa negeri yang berdekatan kemudian kami tetapkan jarak perjalanan(diantara negeri-negeri itu). Berjalanlah kami disitu pada malam dan siang hari dengan aman.”
Saba’: 18
Negeri-negeri yang yang diberkati di dalamnya itu adalah negeri Syam dan Palestin. Imam al-Alusi (seorang musafir) berkata, “yang dimaksudkan dengan negeri-negeri yang di dalamnya diberkati Allah adalah negeri Syam, kerana banyaknya pepohonan dan buah-buahanya seta kelapangan hari para penduduknya. Diriwayatkan dari Ibn Abbas: Dia itu ialah begeri Baitul Muqaddas. “ Dan Ibn Athiyah berkata,” Sesungguhnya para mufasir telah sepakat atas pendapat itu”
Sementara itu, sejumlah mufasir al-Quran dari kalangan ulama salaf dan khalaf berpendapat tentang firman Allah SWT:
“demi buah tin dan buah zaitun. Dan demi bukit Thursina. Dan deminegeri yang aman ini”
At-Tin 1-3
Bahawasanya buah tin dan zaitun yang dimaksudkan dengan keduanya adalah bumi atau negeri yang ditumbuhi buah tin dan zaitun. Dia itu ialah bahtul Muqaddas. Ibn katsir berkata, “sebahgian imam mengatakan bahawa ini adalah tiga tempat yang Allah mengutus di setiap tempat itu seorang Nabi dan Rasul dari ulul ‘Azni, pengembang hokum-hukum syariah yang besar. Yang pertama; tempat buah tin dan zaitun, dia adalah Baitul Muqaddas, di mana Allah mengutus Isa bin Maryan AS di situ. Sedangkan yang kedua: bukit Thursina, dimana disitu Allah mengajak Nabi Musa bin Imran berbicara. Adapun yang ketiga iaitu; Mekah dia adalah negeri yang aman, dimana orang yang masuk di dalamnya dijamin selamat.dengan tafsir
AKAN BERSAMBUNG….INSYAALLAH…
AL-QUDS MENURUT KEYAKINAN UMAT ISLAM
Popular Posts
-
THE FALLEN ANGEL Wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka...
-
Al-Quds, menurut keyakinan umat islam , dia itu mempunyai kedudukan mulia di dalam agama. Umat islam dengan berbagai kelompok, mazhab dan su...
-
: Menarik : Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia? Pustaka Syuhada (Malaysia) Ulasan oleh : Ibnuyaacob Pendahuluan Assalamu’alaikum, Kurn...
-
Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: "Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya." Sayidatina Aisyah bertanya...
-
Sejarah Penentuan Kalender Islam (Hijriyah) Pada tahun 682 Masehi, 'Umar bin Al Khattab yang saat itu menjadi khali...
-
Baca dan Nilai Diri Sendiri (Islam Liberal) rhadap anak cucu Adam tidak pernah terpadam selagi nafsu amarahnya masih berkobar-kobar mengen...
-
MASYARAKAT MAYA: SATU LAGI TAMADUN YANG MEMBATALKAN IDEA EVOLUSI SEJARAH Hampir semua penerbit...
-
Kehamilan Maryam Allah s.w.t. telah mengutuskan Malaikat Jibril untuk memberi khabar gembira kepada Maryam bahawa beliau akan melahirkan se...
-
Segitiga Bermuda (bahasa Inggris: Bermuda Triangle)...
About Me
Followers
Total Pageviews
Powered by Blogger.
susah mau cari info ne...dari buku....pas tu mau di type...